Lembaga yang didakwa 'nenek kebayan' dalam rakaman video tular.

KUALA LUMPUR – Seorang ibu dikatakan pengsan selepas ternampak kelibat ‘nenek kebayan’ di kawasan air terjun di Perak baru-baru ini.

Video itu tular di media sosial dan aplikasi WhatApss itu dipercayai berlaku sekitar pukul 4 petang pada 11 April lepas di Air Terjun Ulu Kenas di Perak.

Berdasarkan video itu, seorang ibu merakam video menggunakan telefon bimbitnya sebelum ternampak satu lembaga di atas batu seperti orang tua berpakaian lusuh, rambut mengurai dan bertongkat.

“Ana, Fatah..balik, balik” kata ibunya dalam video yang sama.

Selepas itu, ibukanak-kanak terbabit masih ralit mandi ketika itu dilihat tidak menyedari ada lembaga yang berdiri atas batu itu memandang ke arah mereka dari belakang.

Selepas itu, ibu terbabit dalam rakaman video mendapati lembaga yang sama sudah berubah kedudukan dengan pantas di sebelah kanan berhampiran tebing sungai sebelum dikatakan pengsan.

Dalam rakaman video itu terdengar audio kanak-kanak itu menjerit mencari ayahnya dan berkata ibunya pengsan.

Video itu berdurasi hampir dua minit dan sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan klip video tersebut.

Bagaimanapun, warganet mempunyai pelbagai pendapat termasuk mendakwa video itu diedit melibatkan percantuman dan ada yang kata ia hanya satu lakonan.

Namun tidak kurang juga mempercayai lembaga yang dirakam itu nenek kebayan dan mendakwa pernah mengalami situasi yang serupa.

Ada juga yang kata kawasan air terjun di Perak itu memang dikenali sebagai ‘kawasan keras.’- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN: