Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Niat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengimbau kenangan sewaktu kecil di Twitter telah dikecam hebat warganet.

Rata-rata pengguna media sosial dilihat mengecam Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu yang mengatakan seseorang yang demam akan mengambil panadol dan bukannya makanan masak lemak siput sedut.

“Saya demam makan panadol je,” komen @melonandbeans dalam ruangan komen.

Komen balas itu merujuk kepada ciapan Syed Saddiq yang mengambil hidangan siput sedut sebagai makan tengahari beliau.

Syed Saddiq berkata hidangan berkenaan sering dihidangkan beliau apabila jatuh sakit sewaktu zaman kanak-kanak.

“Selepas buat lawatan mengejut ke Malaysian Future Leaders School Batch 2 di Negeri Sembilan, saya berhenti singgah makan tengah hari di Kedai Abang Sam di Rembau dan Pedas Negeri Sembilan.

“Makan siput sedut, teringat nostalgia masa kecil dulu, di Johor ibu selalu masak siput sedut waktu saya demam,” ciap Ahli Parlimen Muar itu.

Syed Saddiq ketika itu di Negeri Sembilan dalam siri lawatan ‘Malaysian Future Leaders School’ ambilan kedua.

Malah ada juga yang pelik dengan selesa Syed Saddiq yang memilih untuk menjamah siput sedut berbanding bubur atau sup ayam.

“Pelik-pelik la…orang demam tak makan sedut-sedut ini. Makan jela panadol dengan bubur. Lalu pula tekak nak telan siput sedut. Dasar Saddiq,” komen @nuarzainudin.

“Orang demam makan bubur woii kahkahh,” komen @mrrfoxtrot.

Status itu mendapat ciapan balas 203 dan 1,687 like sebaik laporan ini ditulis. -MalaysiaGazette