TERKINI : Apa Pun Keputusan! “Kerajaan Masih Lagi Pakatan Harapan” – Tun M

CYBERJAYA – Kekalahan parti pemerintah semasa pilihan raya kecil (PRK) adalah perkara biasa, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jelasnya, keadaan itu berlaku kerana rakyat berpendapat tiada perubahan kepada kerajaan sekiranya mereka menang atau kalah dalam sesuatu PRK.

“Kebanyakan parti kerajaan tidak akan mendapat sokongan tinggi semasa PRK kerana tiada perubahan yang akan berlaku.

“Apa pun keputusannya, kerajaan masih kekal sama, kerajaan masih lagi Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai Pakatan Harapan telah kehilangan sokongan apabila merekodkan kekalahan dalam tiga PRK kebelakangan ini.