TIADA KEPERLUAN! Keretapi Laju Johor – P. Pinang atau Sempadan Thailand – Tun Mahathir

CYBERJAYA – Tiada keperluan untuk Malaysia membina keretapi berkelajuan tinggi dari Johor Bharu ke Pulau Pinang atau sempadan Thailand buat masa sekarang.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, hasrat tersebut hanya boleh direalisasikan apabila tiba masanya.

“Apabila tiba masanya. Buat masa sekarang kita tidak mempunyai keperluan.

“Suatu masa nanti (pasti akan dilaksanakan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Menjayakan Industri Rel untuk Masa Hadapan di sini hari ini.