Lionel Messi
Lionel Messi

BARCELONA – Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde memuji  Lionel Messi yang mencorakkan perlawanan menentang Manchester United selepas beraksi kaku pada awal permainan yang berlangsung di di Nou Camp.

Malah pemain itu menjadi inspirasi pasukan dari Catalan untuk mara ke perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara Eropah dengan kemenangan 3-0 awal pagi ini

Bagaimanapun percubaan pasukan pelawat menerusi Marcus Rashford menemui palang gol tidak lama selepas permainan bermula namun jaringan berganda Messi lima minit kemudian (minit ke-16 dan 20) meletakkan Barceoona selesa di hadapan.

Rembatan kencang Philippe Coutinho (minit ke-61) memastikan pasukan tuan rumah melangkah ke pusingan seterusnya dengan agregat 4-0.

“Messi sentiasa mengeluarkan kami daripada kesusahan.

“Leo (Messi) sentiasa beraksi baik dalam perlawanan penting, bukan sahaja sebahagian daripada perlawanan tetapi keseluruhan perlawanan. Dia sentiasa berupaya menjaringkan gol tetapi dia juga memacu serangan pasukan,” kata Valverde dalam sidang media seperti dipetik Reuters.

Valverde berkata, pasukannya lega dapat melangkah ke peringkat separuh akhir selepas tersingkir pada peringkat yang sama (suku akhir) tiga kali berturut turut, khususnya selepas mengalami kekalahan 0-3 kepada AS Roma dalam perlawanan kedua selepas memenangi perlawanan pertama 4-1 pada musim lalu.

“Kami mempunyai harapan yang tinggi pada perlawanan ini, sudah lama kami tidak menjejaki separuh akhir dan kami menderita dengan kekalahan pada musim lalu,” katanya

“Anda tidak tahu apa yang boleh terjadi dalam bola sepak, mereka (United) adalah sebuah pasukan yang baik dan mereka telah memberi kami masalah, oleh itu kami memastikan kami fokus dan bermain dengan bersungguh-sungguh yang membolehkan kami melepasinya.

Sementara itu, jurulatih United, Ole Gunner Solskjaer berpendapat Barcelona akan kembali menguasai bola sepak Eropah.

“Dengan kualiti yang mereka ada, dengan barisan tiga pemain di hadapan dan pemain yang mereka bawa masuk seperti Dembele dan Malcom. Saya tidak akan bertaruh menentang mereka,” kata Solskjaer.

“Mereka merupakan pasukan pilihan untuk memenangi semua kejohanan,”.

Beliau menambah, persembahan baik Messi merupakan mengapa pemain itu pemain itu menjadi pemain terbaik dunia di samping Cristiano Ronaldo.

“Bakat beliau luar biasa, dia dan Cristiano adalah pemain terbaik dunia pada dekad lepas dan dia menunjukkan mengapa kami fikir pasukan ini telah memenangi Liga Juara-Juara banyak kali.

“Jika anda beri dia ruang dan masa berhampiran gol dia akan mencipta dan menjaringkan gol. Bila sahaja dia mendapat bola di kawasan penalti dia akan menjadi penentu dan malang buat kami dia merupakan pemenang untuk mereka,”  kata jurulatih warga Norway itu. – Agensi