TURIN – ‘Giant killer’, Ajax mengganas lagi dalam persaingan Liga Juara-Juara dengan menyingkirkan Juventus menerusi kemenangan 2-1 di Turin awal pagi ini dan mengiringi Barcelona yang mengalahkan Manchester United 3-0 ke peringkat separuh akhir.

Jaringan berganda Lionel Messi membantu pasukannya melangkah ke pusingan seterusnya untuk kali pertama dalam tempoh empat tahun manakala gol Cristiano Ronaldo tidak mencukupi buat pasukannya mara.

Pada perlawanan pertama suku akhir yang berkesudahan seri 1-1, Ronaldo menjaringkan gol bagi membolehkan Juventus mendahului lawannya itu namun impian untuk menjulang kejuaraan buat kali keenam dimusnahkan pada perlawanan kedua dengan jaringan Donny van de Beek dan Matthijs de Ligt.

Keputusan perlawanan awal pagi tadi membolehkan Ajax mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2.

Selain menyingkirkan finalis tahun lalu juara liga Belanda itu juga  menunjukkan jalan keluar kepada Real Madrid sebelum ini pada perlawanan 16 pasukan bagi membolehkannya melangkah ke suku akhir.

Ia merupakan kali pertama Ajax beraksi dalam separuh akhir untuk tempoh 22 tahun.

Bagaimananpun pada perlawanan dengan Juventus, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai gol pada minit ke-28 menerusi Ronaldo daripada sepakan sudut.

Ia meripakan gol ke-126 pemain sensasi itu dalam semua perlawanan.

Namun Ajex berjaya mengikat kedudukan enam minit kemudian apabila Van de Beek dengan tenang menyepak bola ke arah kiri gol lawan pada minit ke-34.

Tandukan De Ligt daripada sepakan sepakan pada minit ke-67 membolehkan pasukan pelawat mendahului dan kedududkan tersebut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

“Ini adalah (kemenangan ) besar. Tiada sesiapa akan melupai malam ini,” kata Van de Beek

“Kami tidak gentar menentang sesiapa,” kata De Ligt kepada Sky TV.

Ia merupakan kali pertama Ronaldo, yang memenangani Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut dengan Real Madrid, gagal bermain dalam perlawanan separuh akhir sejak 2010.

“Beliau kecewa, begitu juga kami tetapi kami tidak boleh mengheret kekecewaan ini,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri .

Pemenang lima kali Barcelona akan bertemu samada Porto ataupun Liverpool manakala Ajax menanti kunjungan pemenang perlawanan Manchester City dan Tottenham Hotspur. – Agensi