Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditanya oleh seorang pemuda sewaktu berjalan keluar selepas selesai perbicaraan kes dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak memohon maaf selepas meninggikan suaranya kepada seorang anggota polis di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pemuda meluru kepada bekas perdana menteri yang sedang  keluar dari kompleks berkenaan selepas berakhirnya prosiding mahkamah.

Pemuda yang mendakwa seorang penuntut itu dilihat bersalam dengan Najib dan bertanya sesuatu.

Difahamkan penuntut itu telah bertanya mengapa dia tidak dibenarkan masuk untuk mendengar perbicaraan kes yang dihadapi oleh Najib.

MGF17042019_NAJIB MAHKAMAH20
Inilah pemuda yang mendakwa dirinya pelajar undang-undang dan mahu bertanyakan sesuatu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas selesai perbicaraan kes dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 APRIL 2019.

Pada ketika itu, seorang anggota polis telah menarik beg sandang dan lengan pemuda itu bagi menghalangnya menganggu Najib yang sudah menuruni tangga.

Menyedari lengannya ditarik, penuntut itu kemudian memegang tangan Najib.

Saat itu, terdengar Najib meninggikan suaranya kepada anggota polis.

Tetapi, Najib kemudian meminta maaf kepada polis berkenaan.

Melalui hantaran di Facebooknya, Najib berkata, beliau sedar tindakan polis itu kerana menjalankan tugas bagi memastikan keselamatannya.

Namun, beliau berpendapat anak muda ini perlu diberikan peluang untuk bertanya dan tidak mahu penuntut itu ditahan oleh polis.

“Sekali lagi, saya berterima kasih dan memohon maaf kepada pihak polis,” kata beliau.

Najib berkata, sebab itu beliau pernah bersetuju supaya prosiding kesnya dibenarkan untuk disiarkan secara langsung.

Sekurang-kurangnya boleh ditonton melalui FB Live atau di YouTube, ujar beliau. – MalaysiaGazette

TERKINI : POLIS KENA MARAH! Najib Pertahan Seorang Pelajar Law Kena Tarik Bila Tanya Soalan

Tinggalkan Jawapan