KUALA LUMPUR – Suntikan dana sebanyak RM6.23 bilion bagi menyelamatkan Felda akan menambah beban hutang kerajaan, kata Moody’s Investors Service.

Menurutnya, hutang kerajaan sudah melepasi median -A dan pakej bantuan itu adalah kredit negatif.

Agensi itu mengunjurkan bantuan itu akan meningkatkan beban hutang kerajaan sebanyak 0.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 56 peratus pada tahun ini.

Unjuran tersebut mengambil kira rancangan kerajaan untuk mengagihkan bantuan dalam tempoh tujuh tahun dan Felda akan mendapat separuh daripada jumlah itu melalui jaminan kerajaan.

Manakala bakinya daripada pinjaman dan geran.

“Ia adalah tinggi daripada nisbah hutang median bagi penarafan berdaulat A- iaitu dari 37.8 peratus hingga 50.7 peratus pada tahun 2017,” katanya.

Moody’s berkata, unjuran itu termasuk hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM20 bilion yang diberikan kepada Lembaga Tabung Haji menerusi terbitan sukuk bagi aset-asetnya.

Moody’s berkata, beban hutang yang lebih tinggi akan menimbulkan isu keupayaan membayar hutang Malaysia, terutamanya kerana perkongsian pendapatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar 16.3% pada tahun 2018, mungkin kekal atau rendah.

“Pembayaran kadar faedah bagi 13.3 peratus pendapatan adalah sangat tunggi daripada median penarafan A- 4 peratus,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. felda dah pandai berdikari. selama ini pun kerajaan tak perlu campur tangan . cuma Najib telah memecah tradisi dengan global. felda jadi hancur. felda boleh bangkit semula kalau ikut cara lama dan tangkap musuh dalam selimut. musang berbulu ayam. selalu pantau dan segera ambil tindakan bila melakukan penipuan

Comments are closed.