Mendiang Presiden Parti IPF, Datuk M. Sambathan

KUALA LUMPUR – Jika insiden pelajar cemerlang tidak berjaya institusi pengajian tinggi awam berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, sudah pasti pembangkang ketika ketika itu  ‘melalak’ menggesa pihak berwajib termasuk menteri meletakan jawatan.

Presiden Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF), Datuk M Sambathan berkata, beliau hairan kerana walaupun bilangan Menteri ramai dalam kalangan komuniti India, namun kebajikan kaum itu tetap tidak terjaga.

Sambathan meluahkan perasaan kecewa berikutan kegagalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjawab isu pelajar cemerlang tidak berjaya menempatkan diri ke program matrikulasi.

Jelas Sambathan juga merupakan Ahli Dewan Negara, walaupun sudah berhari-hari, tidak ada seorang Menteri atau Timbalan mahupun tampil menjawab kegusaran ini, sebaliknya hanya menunggu isu ini terus menjadi parah.

“Kemudian dengan senang-senang akan tuding jari kononnya kerajaan terdahulu yang menyebabkan kepincangan ini. Kalau sebelum menang, mereka juga paling banyak berbuat bising sehingga mendesak Menteri, Timbalan untuk meletak jawatan.

“Sekarang kamu semua buat apa? Tidurkah? Kuasa sudah dalam tangan, rakyat jelata khasnya masyarakat India sudah ditipu dengan pelbagai janji kononnya nasib mereka akan lebih baik di bawah kerajaan PH. Sekarang sudah 10 bulan, apa kamu buat?

“Adalah terlampau mustahil untuk kamu tempatkan pelajar cemerlang seperti ini? Dulu kata kamu mampu sekarang apa jadi? Di bawah kerajaan BN dulu, kita sudah sediakan tempat 2,200 tempat, apa jadi dengan kuota itu?

“Tolong beri penjelasan atau lebih baik letak jawatan dan sambung tidur sahaja. Kamu semua hanya pandai bercakap apabila pilihan raya selepas itu terus senyap. Kalau tidak mampu, biar kami yang terajui negara, sekurang-kurangnya ada banyak kebaikan yang telah dilaksanakan.

“Di bawah PH, kita boleh nampak bagaimana DAP dan Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching banyak berjasa untuk sekolah Cina. Sekurang-kurangnya ada dalam kalangan mereka berjuang untuk sekolah mereka, untuk kita? Jika saya cakap begini, kamu kata rasis tapi ini realiti,” tegasnya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.

Baru-baru ini kecoh tentang seorang pelajar di Johor yang mendapat 10A namun gagal ke program matrikulasi, transkrip pelajar itu menjadi viral dan menimbulkan tanda tanya apakah telah terjadi dengan status penempatan pelajar ke matrikulasi.

Malah terdapat sehingga 2,200 tempat ke program matrikulasi untuk kaum India diperuntukan oleh kerajaan terdahulu yang masih lagi menjadi persoalan sama ada ia telah digunakan sepenuhnya.

Pada April 2018 , ketika BN masih lagi berkuasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penambahan pengambilan 700 lagi pelajar India ke kolej matrikulasi. –MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/18/maszlee-apa-status-permohonan-pelajar-india-ke-program-matrikulasi/