Foto Instagram Shamsul Ghau Ghau.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau berkongsi berita gembira selepas dia kini layak mengajar al-Quran di Selangor sehingga 31 Disember 2022.

Pemilik nama sebenar, Shamsul Azahar Aliddin itu mendapat pentauliahan mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), baru-baru ini.

Dia yang berusia 50 tahun turut berkongsi gambarnya bersama kad identiti Pemegang Tauliah MAIS iaitu kad tauliah kategori D3 bagi tauliah mengajar Al-Quran dan dibenarkan mengajar di sekitar Selangor.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawannya yang mengajar dan mendidiknya.

“Mana-mana pihak yang sudi menjemput untuk menghadiri program motivasi boleh terus menghubungi saya atau isteri,” tulis di Instagram miliknya yang selesa dengan gelaran Paksu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan