Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus melakar sejarah apabila dipilih sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah antarabangsa, Time Magazine

Beliau tersenarai bersama beberapa nama besar lain antaranya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Presiden China Xi Jinping, PM New Zealand, Jacinda Adern, bekas wanita pertama AS, Michelle Obama, Speaker AS, Nancy Pelosi.
Senarai 100 Most Influential People itu dikeluarkan setiap tahun oleh majalah Time sebagai penghormatan kepada individu-individu berpengaruh daripada pelbagai latar belakang.

Turut tersenarai ialah ikon dalam bidang muzik seperti Lady Gaga, Ariana Grande, Taylor Swift dan kumpulan K-Pop, BTS.

Sementara itu, ikon dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, Lebron James, pemain bola sepak Liverpool tersohor, Mohamed Salah dan pemain tenis Naomi Osaka turut tersenarai. – MalaysiaGazette