Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu. foto AFIQ RAZALI, 28 MEI 2018.

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan rakaman audio yang dikatakan berhubung komplot menjatuhkan beliau adalah satu perkara yang belum dibuktikan kesahihannya.

Katanya mengambil kira kecanggihan teknologi sekarang, segala kemungkinan boleh berlaku.”Dalam dunia sekarang ini macam-macam boleh berlaku, mungkin audio itu palsu, mungkin benar.

“Perkara itu (audio) belum dibuktikan…,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata desas-desus usaha menjatuhkan beliau juga bukanlah suatu yang menghairankan.

“Banyak pihak cuba menjatuhkan saya sejak hari pertama lagi (menjadi menteri besar), tapi saya masih lagi menteri besar,” katanya, menambah pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa.

Semalam, rakaman audio berdurasi empat minit 22 saat itu tular menerusi media sosial.

Rakaman audio itu dikatakan suara seorang anggota Dewan Undangan Negeri malah ada yang mengaitkannya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak Dr Abdul Aziz Bari.Bagaimanapun Abdul Aziz dilapor menafikan perkara berkenaan. – BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN: