Kelvin Tay

KUALA LUMPUR- Agensi berita antarabangsa, Bloomberg didakwa tersilap fakta dan memberi tanggapan negatif terhadap Malaysia.

Setiausaha Publistiti Nasional DAP, Tony Pua merujuk kepada temubual seorang ahli ekonomi dari UBS Global Wealth Management, Kelvin Tay pada 11 April lalu.

“Kredibiliti Bloomberg tercalar apabila seorang ‘ahli ekonomi’ daripada UBS tidak boleh membezakan antara defisit fiskal dan defisit akaun semasa semasa diundang memberi pandangan tentang Malaysia,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Damansara dalam satu kenyataan hari ini.

MGF09122018_KONGRESS DAP06
Tony Pua.

Menurut beliau, Kelvin memberi pandangan terlampau negatif tentang Malaysia berdasarkan fakta-fakta yang salah dan berat sebelah.

“Pertama sekali, Kelvin berhujah bahawa Malaysia mempunya defisit akaun semasa. Ini sangatlah membimbangkan kerana Malaysia telah selama ini berbangga bahawa ia sebuah ekonomi yangmempunyai lebihan akaun semasa di mana nilai eksport kita melebihi import sebagai salah satu kelebihan utama negara.

Mana-mana penganalisis yang berkebolehan dalam meneliti Malaysia sudah tentu tahu akan hal ini. Sebagai contoh, pada tahun 2018, Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa pada 2.3 peratus daripada KDNK.

Memandangkan paras lebihan dagangan Malaysia berada pada paras yang baiksehingga kini, negara akan kekal mempunyai lebihan akaun semasa untuk tahun 2019. Bagaimanapun, Malaysia sememangnya mempunyai defisit fiskal sederhana yang lazimuntuk mana-mana negara membangun.

Pada tahun 2018, ia pada kadar 3.7 peratus daripada KDNK manakala untuk tahun ini ia dijangka berkurang kepada 3.4 peratus.

Menteri Kewangan jugamenjangkakan defisit fiskal akan terus berkurang kepada 3.0 peratus pada tahun 2020 dan kurangdaripada 2.8 peratus pada tahun 2021, katanya.

Menurut Tony, Kelvin juga menyatakan bahawa hasil daripada sumber minyak merupakan 30 peratus daripada KDNK Malaysia.

“Ini merupakan fakta yang salah. Malaysia dikenali umum oleh agensi penarafan kredit dan komuniti pelaburan sebagai negara yang mempunyai ekonomi yang berkepelbagaian di mana sektor perlombongan (termasuk sektor minyak dan gas asli), pembuatan  dan perkhidmatanmenyumbang sebanyak 7.9 peratus, 23.0 peratus dan 55.5 peratus masing-masing kepada KDNK tahun 2018.

“Ada kemungkinan Kelvin cuba menyampaikan jangkaan bahawa hasil daripada gas asli dan minyakmenyumbang sekitar 30.9 peratus daripada hasil kerajaan untuk tahun 2019.

Meskipun begitu, pengurus dana UBS tersebut gagal untuk menyatakan bahawa keseluruhan sumbangan daripadahasil minyak dan gas asli dijangka hanya 22.0 peratus apabila dividen khas one-off daripada Petronas dikeluarkan daripada jumlah keseluruhan,” kata Tony.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Kit Siang dalam ucapan belanjawan, dividen khas one-off sebanyak RM30 bilion ditawarkan oleh Petronas dengan niat khusus untuk membuatbayaran balik cukai pendapatan dan GST sebanyak RM37 bilion yang disorok dan tidak dinyatakan oleh rejim terdahulu.

Malahan, hasil daripada sumber minyak dan gas asli sebagai pecahan daripada jumlah keseluruhan hasil kerajaan telah berkurangan dari tahun ke tahun, daripada paras tertinggi 44 peratus pada tahun 2008.Sasaran defisit fiskal kekal dengan polisi pro-pembangunan yang ditetapkan.

Akibat kekeliruan pemahaman Kelvin tentang ekonomi Malaysia, beliau seterusnya menyimpulkan bahawa paras harga rendah minyak mentah Brent – sekitar USD$71 setong pada waktu ini – akan memberikan kesan negatif kepada pembangunan Malaysia memandangkan kerajaan meletakkan jangkaan harga purata minyak Brent pada $70 setong pada tahun ini.

“Kelvin gagal mengakui hakikat bahawa untuk tiap-tiap pengurangan sebanyak USD$1 dalam harga minyak mentah, ia hanya memberi kesan sebanyak kira-kira RM300 juta daripada hasil kerajaandan oleh kerana itu, sekiranya harga jatuh sebanyak $10 sekalipun, impak sepenuhnya kepadahasil hanya RM3 bilion.

“Sebarang kesan negatif terhadap hasil kerajaan disebabkan oleh harga minyak yang rendahditampung oleh sumber-sumber hasil baharu seperti diumumkan Menteri Kewangan dalam ucapan belanjawan yang tidak termasuk dalam perangkaan belanjawan rasmi kerajaan,” katanya.

Sumber- sumber baharu itu dijangka dapat mengumpulkan sebanyak RM4 ke RM5 bilion hasil tambahan untuk kerajaan.

Akhir sekali, Kelvin membuat dakwaan terdapat kelumpuhan politik dalam negara ini dan ia diakui oleh Tony.

“Ramai sudah tentu bersetuju Malaysia telah dilumpuhkan oleh krisis 1MDB sebelum perubahan kerajaan pada Mei 2018 akan tetapi dengan perubahan kerajaan.

“Malaysia kini menerima sebuah semangat pembaharuan yang segar, di mana kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha menjadi lebih telus, mengadakan pentadbiran yang lebih baik, mengurangkan korupsi dan meningkatkan persaingan,” katanya.- MalaysiaGazette