Hotel Best Western I-City Shah Alam kini mencatat kadar penginapan sebanyak 60 peratus sebulan.

SHAH ALAM – Memasuki Best Western Hotel I-City Shah Alam di sini membuatkan mata asyik tertumpu kepada ruang yang luas, selesa dan damai. Apatah lagi memiliki dua seksyen sama ada di bahagian dalam restoran atau pun di luar.

Sambil menunggu waktu berbuka, melihat pemandangan matahari terbenam membuatkan hati berasa ‘berbunga-bunga’ untuk menikmati bufet Ramadan yang disediakan oleh restoran itu.

Lebih menarik Pengurus Besar hotek itu, Anthony Kong memberitahu, selain dapat menikmati hidangan yang pelbagai dan menyelerakan, pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah sepanjang Ramadan ini.

bw18
Menu wajib adalah kambing bakar.

Antara hadiah cabutan bertuah yang pengunjung berpeluang menangi adalah voucher, diskaun harga bilik, hadiah penginapan dan pelbagai lagi hadiah yang turut disumbangkan oleh rakan penaja.

“Malah kami juga menyediakan kemudahan surau di tingkat sama yang berdekatan dengan restoran bagi memudahkan pengunjung beragama Islam menunaikan solat Maghrib.

“Surau juga lengkap dengan tempat berwuduk dan ruang solatnya dapat menempatkan sebilangan pengunjung yang ramai dalam satu satu masa,” katanya pada majlis previu bufet Ramadan bersama media baru-baru ini.

bw13
Masak lemak ketam yang menjadi menu tarikan di Best Western Hotel I-City Shah Alam sepanjang Ramadan ini.

Memilih tema The Aladdin & The Malaysian Treasures Ramadhan Buffet, Anthony berkata, lebih 160 menu disediakan yang mampu memenuhi selera pengunjung.

Jelas beliau, sebagai pembuka selera, pilihan pelbagai sup menjadi tarikan seperti Sup Kambing Berempah Mamak, Seafood Tomyam, Sup Lobak Putih Udang Kering, Sup Isi Ketam dan Jagung, Sup Cream of Mushroom, Sup Akar Lotus Berherba dan Soto Madura yang boleh makan dengan roti atau bergedil.

Beralih ke menu berat katanya, pengunjung pasti teruja dengan menu seperti Daging Masak Hitam, Daging Teriyaki Madu, Daging Stroganoff, Rendang Daging Minang, Daging Kambing Masak Varuval, Mongolian Lamb, Kambing Masak Tomato, Lamb Shoulder With Mint Creamy Sauce, Kambing Lada Hitam, Irish Lamb Stew, Ayam Masak Berempah dan Rendang.

bw19
Kebab

“Bagi peminat makanan laut, selera mereka tidak dilupakan kerana kami turut menghidangkan pelbagai pilihan seafood untuk korang nikmati. Antara yang pengunjung boleh cuba seperti Udang Sambal Tumis Petai, Ketam Masak Lemak Nenas, Bamboo Clam with Chilli, Ikan Lemak Merah dan Sotong Goreng Berempah.

“Bagi menambah kemeriahan suasana, bazar pasar Ramadan diperkenalkan dengan menyediakan gerai-gerai khas antaranya gerai mi, pasta, rojak, air batu campur, makan goreng dan bakar, kebab dan roti John,” katanya.

Anthony menambah, sebagai pemanis mulut pula, setiap hari bufet di Best Western Hotel i-City Shah Alam menyediakan lima jenis kuih muih tradisional kepada  para pengunjung.

bw8
Beraneka kurma yang berkualiti tinggi.

Selain itu katanya, mereka juga boleh menikmati antaranya  Chilled Sago With Coconut Milk, Longan Almond Pudding, Lychee pudding, Bread and Butter Pudding, Kek Coklat dan lima jenis French Pastries.

Sementara itu, harga bufet ini amat berpatutan kerana hanya RM119 untuk dan manakala warga emas dan kanak-kanak hanya RM69.

Namun jika pengunjung membeli lebih awal sebelum 30 April ini, harga bagi dewasa hanya RM99 sahaja manakala pembeli untuk sembilan orang akan mendapat percuma untuk bagi seorang.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-5521 9000. – MalaysiaGazette

bw1
Kuih-muih tradisional sebagai pemanis mulut.