Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Nama calon menggantikan Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara perlu diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Ia bukan sahaja kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sahaja, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kelihatannya terdapat peruntukan untuk pelantikan tersebut diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan bukan sahaja kepada YDPA.

“Kami telah memaklumkan kepada Agong. Terdapat keperluan untuk (baginda) memaklumkan kepada raja-raja yang sedang dilakukan sekarang dan kami sedang menunggu Majlis Raja-Raja Melayu untuk memberi perkenan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mahathir berkata demikian mengulas soalan mengenai dakwaan YDPA dikatakan menangguhkan perkenan terhadap calon menggantikan Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara.- MalaysiaGazette