Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari menafikan beliau merupakan dalang untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi undi tidak percaya.
Abdul Aziz Bari

IPOH – Pihak pengurusan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini telah menjalankan pemantauan dan kawalan yang rapi ke atas pelajar yang disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi mengelakkan jangkitan itu daripada lebih serius dan berleluasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari berkata pihak sekolah berkenaan bersama Jabatan Kesihatan Negeri mempunyai cukup kemampuan dalam mengendalikan keadaan pelajar yang dijangkiti memandangkan kes sama pernah berlaku dua tahun lepas.

“Sekolah ini mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk menangani masalah (jangkitan H1N1) dengan mengasingkan pelajar yang dijangkiti dari segi kelas dan tempat penginapan.

“Oleh itu, ibu bapa dan orang ramai tidak perlu khuatir kerana kes ini terkawal dan tidak membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan pelajar yang dijangkiti H1N1 di sekolah berkenaan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 22 kes baharu disyaki H1N1 dikesan di sekolah tersebut sehingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif dilaporkan seramai 102 orang termasuk seorang guru yang mempunyai jangkitan saluran pernafasan seperti demam, sakit tekak dan batuk.

Sebelum ini, tular dalam media sosial 100 pelajar STAR Ipoh diserang penyakit misteri dengan kebanyakannya batuk, muntah dan demam sehingga ada ibu bapa yang membawa pulang anak mereka.

— BERNAMA