Antara aksi kereta kawalan jauh milik Lee Chee Yean ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2019.

AMPANG – Permainan kereta kawalan jauh sememangnya memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi kerana harga bagi sebuah kereta tersebut boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

Bagi Lee Chee Yean, 43, memiliki kenderaan kecil itu bukan sekadar hobi untuk mengisi masa lapang bersama anak lelakinya, Lee Yuan Jun, 7, malah secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan mereka.

“Bermain permainan kereta kawalan jauh ini sudah menjadi aktiviti hujung minggu saya bersama anak. Saya mahu dia meneroka dunia luar sambil bergaul dengan lebih ramai orang berbanding menghabiskan masa dengan telefon pintar,” katanya ketika ditemui di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang.

Tambah Chee Yean, dia membelanjakan hampir RM3,000 untuk membeli dua buah kereta kawalan jauh termasuk beberapa peralatan ganti yang lain.

Katanya lagi, setelah hampir enam bulan bermain permainan tersebut, dia juga semakin memahiri teknik-teknik pengendalian serta pengubahsuaian kereta kawalan jauh itu.

MGF20042019_KERETA KAWALAN JAUH21
Lee Chee Yean bersama anaknya Lee Yuan Jun (kiri) mengangkat kereta kawalan jauh milik mereka ke dalam but kereta selepas selesai bermain permainan tersebut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2019.
MGF20042019_KERETA KAWALAN JAUH03
Lee Chee Yean membaiki serta-merta kereta kawalan jauh miliknya yang mengalami kerosakan teknikal sambil diperhatikan anak lelakinya, Lee Yuan Jun (kiri) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2019.
MGF20042019_KERETA KAWALAN JAUH01
Lee Chee Yean membaiki serta-merta kereta kawalan jauh miliknya yang mengalami kerosakan teknikal sebelum dia dapat menyambung semula permainan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2019.
MGF20042019_KERETA KAWALAN JAUH18
Lee Yuan Jun mencungkil butiran pasir yang tersekat pada kereta kawalan jauh miliknya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2019.
MGF20042019_KERETA KAWALAN JAUH06
Aksi kereta kawalan jauh milik Lee Chee Yean yang hampir terpelanting ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2019.
MGF20042019_KERETA KAWALAN JAUH09
Lee Chee Yean (kanan) mengajar anaknya, Lee Yuan Jun cara-cara mengawal kereta kawalan jauh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2019.
MGF20042019_KERETA KAWALAN JAUH12
Antara aksi kereta kawalan jauh milik Lee Chee Yean ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2019.
MGF20042019_KERETA KAWALAN JAUH17
Lee Yuan Jun mengangkat kereta kawalan jauh miliknya yang sudah kehabisan bateri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2019.
MGF20042019_KERETA KAWALAN JAUH04
Lee Chee Yean akan memastikan kereta kawalan jauh miliknya berada dalam keadaan baik sebelum memulakan permainan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2019.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.