KUALA LUMPUR – Exco kerajaan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menjadi mangsa jangkitan kuman tanah kini dirawat di hospital swasta di ibu negara.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Pahang itu di bawa ke Prince Court Medical Centre awal pagi tadi dari Temerloh.

be359cb3-bb38-4765-a041-2877997d610e

Sebelum itu, beliau dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh.

Beliau sebelum itu dalam keadaan lemah dan sesak nafas sebelum dirawat di hospital pada minggu lalu.

Hari ini, bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa melawat Syed Ibrahim.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Exco Pahang kena jangkitan kuman tanah