Najib Razak.

KUALA LUMPUR – Siapa yang pernah dihasut dan ditipu Pakatan Harapan (PH) dengan isu Bandar Malaysia bahawab Barisan Nasional (BN) jual negara, sila angkat tangan.

Itu sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkenaan hasrat kerajaan meneruskan pembinaan di Sungai Besi itu semalam.

“Selepas tiga tahun menghasut rakyat dan memfitnah BN menjual negara kepada negara China, PH kata mereka baru faham bahawa BN sebenarnya telah tersilap jual negara kepada syarikat kerajaan?

“Oh. Macam tu rupanya,” tulis Najib dalam media sosialnya hari ini.

Beliau juga memuatnaik kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan syarikat kerajaan yang membina Bandar Malaysia semalam.

“Saya minta kawan-kawan kongsi video ini supaya kebenaran dapat ditegakkan kerana saya telah lama difitnah dengan isu ini,” ujar Najib.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/19/projek-bandar-malaysia-diteruskan-pm/