airbus
Airbus memperkenalkan tempat duduk ala-sofa bagi kelas perniagaannya.

HAMBURG- Airbus memperkenalkan tempat duduk ala-sofa bagi kelas perniagaannya.

Dengan kerjasama pengeluar tempat duduk Itali, Geven, rekaan “penjuru sofa” membolehkan penumpang untuk menurunkan kerusi pesawat tersebut seperti gaya lounge atau diturunkan sepenuhnya seperti sofa dan boleh digunakan sebagai tempat tidur.

Berdasarkan konfigurasi kelas perniagaan-tiga tempat duduk itu, rekaan “penjuru sofa” merangkumi kemudahan biasa seperti tempat penyimpanan barang, loker atas, skrin hiburan dan meja.

Tali pinggang keselamatan pula diletakkan di penghujung kerusi bagi kegunaan semasa pendaratan dan pelepasan manakala tali pinggang keselamatan kedua boleh digunakan ketika tidur,

Menurut CNN, kerusi berkenaan adalah 30 sehingga 50 peratus lebih ringan berbanding kerusi kelas perniagaan biasa walaupun ketinggiannya adalah sama dengan kerusi tradisi kelas perniagaan di dalam pesawat-pesawat Airbus iaitu 185cm.

Kerusi ala-sofa itu mula diperkenalkan semasa Ekspo Hiasaan Dalaman Pesawat 2019 (AIX) di Hamburg, Jerman.- MalaysiaGazette