Mesir
Hampir 50 juta rakyat Mesir akan mengundi referendum pindaan perlembagaan negara itu bermula Sabtu ini.

KAHERAH- Rakyat Mesir yang akan mengundi pindaan perlembagaan pada hujung minggu ini mungkin memilih Presiden Abdel Fattah al-Sisi untuk terus kekal di kerusinya sehingga tahun 2030 sekali gus mengukuhkan peranan beliau dalam pasukan ketenteraan Mesir.

Menurut penyokong Sisi, perubahan itu adalah perlu bagi memberikan lebih masa kepada beliau untuk menyempurnakan projek-projek pembangunan utama serta reformasi ekonomi.

Pengkritik bagaimanapun memberi fokus kepada kuasa yang semakin banyak dipegang Sisi memungkinkan Mesir menjadi sebuah negara authoritarian.

Lima ratus sembilan puluh enam Parlimen Mesir didominasi oleh penyokong Sisi dengan undi terhadap pindaan yang dilakukan pada Selasa lalu menyaksikan 531 menyokong beliau berbanding 22 yang menentang.

Sejumlah 55 juta daripada hampir 100 juta rakyat Mesir layak mengundi di dalam referendum pindaan perlembagaan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu.

Menurut parti pembangkang, mereka tidak diberikan masa yang mencukupi untuk memberi penerangan yang jelas mengenai cadangan pindaan perlembagaan tersebut.

“Mereka tidak memberikan kami masa termasuklah untuk mengadakan kempen meminta rakyat menentang cadangan tersebut,” kata Ahli Pergerakan Demokratik Awam, Khaled Dawoud.

Menurut pegawai-pegawai kerajaan Mesir, semua rakyat tanpa mengira latar belakang diberi peluang untuk berdebat mengenai pindaan tersebut dan semua pendapat akan diberi pertimbangan dalam kertas cadangan terakhir.

Sekiranya diluluskan, pindaan itu membolehkan tempoh perkhidmatan Sisi dilanjutkan kepada enam tahun berbanding empat sebelum ini di samping membenarkan beliau bertanding buat kali ketiga pada 2024.

Mereka juga akan memberikan kuasa kepada Presiden untuk melantik ketua hakim dan pendakwaraya awam.

Mereka akan mengarahkan pasukan ketenteraan untuk “melindungi perlembagaan dan demokrasi negara dan rakyat.”- MalaysiaGazette