Thursday, March 28, 2024
Home Nasional Bekas Exco Johor bebas rasuah

Bekas Exco Johor bebas rasuah

Abdul Latif Bandi (dua dari kiri) dan anak lelakinya kelihatan tersenyum selepas Mahkamah Sesyen Johor Bahru melepas dan membebaskan mereka daripada 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan melibatkan penggubahan wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 juta, dua tahun lepas. foto bernama

JOHOR BAHRU – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latif Bandi dan anaknya serta perunding hartanah hari ini dilepas dan dibebaskan daripada semua 37 pertuduhan rasuah pada 2017.

Abdul Latif, 69, dan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 46, dilihat berpelukan dengan ahli keluarga masing-masing dalam dan luar mahkamah terharu selepas keputusan itu dibacakan.

Pada 19 April 2017, Abd. Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, bersama-sama seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan nilai suapan RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen di sini. – MalaysiaGazette