Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.

KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran menurun minggu depan dengan FBM KLCI bergerak ke arah paras 1,600 berikutan kurangnya pemangkin tempatan.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Malaysia Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Khan berkata, kelemahan dalam pasaran tempatan akan diimbangi oleh prestasi Wall Street yang dijangka mengukuh.

Ini didorong oleh keyakinan terhadap perkembangan positif perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, serta peningkatan harga minyak mentah Brent, katanya.

“Sentimen lemah (ketika ini) dijangka hanya sementara, berikutan faktor-faktor asas kekal kukuh. Ambil perhatian bahawa rizab pertukaran asing kita berada pada paras lebihan, harga tenaga disokong dengan baik dan kadar inflasi adalah rendah. Sokongan kukuh itu masih sah pada paras 1,600 mata,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata paras rintangan ketika ini berada antara 1,630 mata dan 1,650 mata.

Bagi minggu yang baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakannya rendah berikutan tiada hala tuju kukuh, manakala sentimen pasaran dilemahkan lagi oleh kemungkinan Malaysia dikeluarkan daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia.

Penyedia indeks pasaran saham, FTSE Russell meletakkan Malaysia dalam senarai pemantauan pendapatan tetap bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, selepas selesainya semakan semula klasifikasi negara berpendapatan tetap yang pertama olehnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, penanda aras FBM KLCI susut 8.10 mata kepada 1,622.07.

Indeks FBM Emas turun 64.23 mata kepada 11,497.23, Indeks FBMT 100 turun 61.09 mata kepada 11,324.88 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 72.37 mata kepada 11,690.02.

Indeks FBM Ace mengecil 56.55 mata kepada 4,692.85 dan FBM 70 turun 95.98 mata kepada 14,382.51.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 76.81 mata kepada 16,745.26, Indeks Perladangan merosot 40.43 mata kepada 7,228.91 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.17 mata kepada 168.30.

Jumlah dagangan mingguan jatuh kepada 14.13 bilion unit bernilai RM9.25 bilion berbanding 17.52 bilion unit bernilai RM11.47 bilion pada Jumaat..

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 9.32 bilion saham bernilai RM8.41 bilion berbanding 13.25 bilion saham bernilai RM10.53 bilion.

Jumlah dagangan waran susut kepada 2.03 bilion unit bernilai RM1.98 bilion daripada 2.37 bilion unit bernilai RM540.50 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.78 bilion saham bernilai RM409.25 juta berbanding 1.89 bilion saham bernilai RM396.55 juta. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan