Antara posting biadap yang dimuat naik dalam akaun Facebook Sabah-Sarawak Merdeka.

KUALA LUMPUR – Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ yang bertindak memuat naik wajah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang disunting dalam keadaan mengaibkan kembali aktif.

Pemantauan MalaysiaGazette mendapati beberapa posting terbaharu yang dibuat oleh Facebook berkenaan.

Beberapa keping gambar yang menggunakan wajah Al-Sultan Abdullah turut digunakan dengan kata-kata menghina.

hina sultan 4

 

Turut dimuat naik beberapa wajah Sultan antaranya, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbuatan mengubah gambar Yang di-Pertuan Agong itu adalah perbuatan menghina raja, melanggar undang-undang negara.

Malah, beliau turut menyifatkan tindakan menghina Yang di-Pertuan Agong oleh pemilik akaun Facebook Sabah-Sarawak Merdeka adalah perbuatan melampau yang tidak melambangkan tatasusila rakyat Malaysia serta bercanggah dengan prinsip Ruku Negara.

hina sultan 1

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya menyiasat kes ini dengan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membawa pelaku jenayah ini ke muka pengadilan,” tegasnya pada minggu lalu.

Suruhanjaya Komunikasi Multi Media memaklumkan penghinaan yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook itu sedang disiasat bersama Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi mengesahkan sudah 91 laporan yang dibuat di seluruh negara ekoran perkongsian pemilik akaun Facebook Sabah-Sarawak Merdeka yang menghina Yang di-Pertuan Agong. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan