Pemain Selangor, Sean Eugene Selvaraj (tengah) diasak keras pemain-pemain PKNP FC pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019

SHAH ALAM – Skuad bimbingan B Sathianathan meraih kemenangan keempat musim ini sekali gus menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut yang diraih PKNP FC sebelum ini.

Pada aksi terbabit, pelawat terlebih dahulu memiliki peluang terbaik untuk beroleh gol pendahuluan menerusi larian solo Hafiz Ramdan yang berjaya dinafikan penjaga gol Selangor, Mohd Farizal Harun pada minit ke-10.

Bagaimanapun, tindakan pemain PKNP FC yang menjatuhkan Abdul Halim Saari mengundang padah apabila Selangor dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-12 dan ia disempurnakan dengan baik oleh Sandro da Silva untuk gol pembukaan.

Selangor terlepas satu lagi peluang keemasan untuk melebarkan jurang pada separuh masa kedua bersambung menerusi penyudah Sandro yang diselamatkan Ahmad Asyraaf pada minit ke-54 sebelum dia sekali lagi cemerlang menepis percubaan Faiz Nasir daripada luar kotak penalti dua minit berselang.

Usaha konsisten Selangor yang menguasai sebahagian besar babak kedua dalam memburu gol kedua akhirnya berhasil menerusi Syahmi yang melakukan rembatan leret untuk menewaskan Ahmad Asyraaf buat kali kedua pada minit ke-78.

Selepas selesa mendahului 2-0, jaringan pemain gantian PKNP FC, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri pada minit ke-85 sedikit menggoyahkan semangat Selangor namun mereka berjaya bertahan dengan baik sehingga wisel penamat dibunyikan.

Lima minit terakhir perlawanan mungkin menjadi detik paling mendebarkan buat Selangor sebelum berjaya mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

 

MGF20042019_SELANGOR PKNP_04
Pemain Selangor, Mohd Faiz Mohd Nasir (kiri) diasak keras pemain PKNP FC, Muhamad Farid Nezal pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_06
Pemain Selangor, Sandro Da Silva Mendonca (kiri) diasak keras pemain PKNP FC, Amani Santos Aguinaldo pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_08
Pemain Selangor, Mohd Faiz Mohd Nasir (tengah) diasak keras pemain-pemain PKNP FC pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_07
Pemain Selangor, Sean Eugene Selvaraj (kiri) diasak keras pemain PKNP FC, Amani Santos Aguinaldo pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_09
Pemain Selangor, Sandro Da Silva Mendonca meraikan gol pertama bersama rakan sepasukan ketika menentang PKNP FC pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_10
Pemain Selangor, Sandro Da Silva Mendonca meraikan gol pertama ketika menentang PKNP FC pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_12
Pemain Selangor, Sandro Da Silva Mendonca (kiri) membuat rembatan ketika diasak keras pemain PKNP FC, Amani Santos Aguinaldo pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_03
Ketua Jurulatih Selangor, Satiananthan Bhaskran ketika menentang PKNP FC pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_15
Pemain Selangor, Muhammad Syahmi Safari meraikan gol kedua ketika menentang PKNP FC pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_17
Pemain Selangor, Mohd Khyril Muhymeen Zambri diasak keras penjaga gol PKNP FC, Ahmad Asyraaf Omar pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_18
Pemain Selangor, Sean Eugene Selvaraj meraikan kemenangan ketika menentang PKNP FC yang berkesudahan 2-1 pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_01
Pemain-pemain Selangor bergambar ketika menentang PKNP FC pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019
MGF20042019_SELANGOR PKNP_02
Pemain-pemain Selangor bergambar ketika menentang PKNP FC pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2019

Tinggalkan Jawapan