Volodymyr Zelensky ketika meraikan kemenangan bersama para penyokongnya. foto Agensi

KYIV – Ahli komedi terkenal Ukraine, Volodymyr Zelensky mendapat undi besar dalam pilihan raya presiden negara ini.

Beliau adalah pendatang baharu politik yang menguasai pusingan pertama pengundian tiga minggu lalu dengan memperoleh lebih daripada 70 peratus sokongan.

Zelensky, 41, telah mencabar presiden Presiden Petro Poroshenko yang mengakui kekalahannya.

Keputusan itu dilihat memberi tamparan besar kepada Poroshenko dan penolakan penubuhan Ukraine.

“Saya tidak akan membuat anda kecewa.

“Saya belum lagi menjadi presiden secara rasmi tetapi sebagai warga Ukraine, saya ingin memberitahu kepada negara-negara dalam pasca Soviet Union. Anda lihat kami. Semuanya mungkin,” kata Zelensky yang merujuk contoh perubahan demokratik kepada para penyokongnya.

Zelensky akan dipilih untuk tempoh lima tahun.

Beliau dikenali kerana sering melakon watak satira dalam siri di televisyen, yang mana secara kebetulan sering membawa watak Presiden Ukraine.

Di negara ini, seorang presiden mempunyai kawalan dalam keselamatan, pertahanan dan polisi luar negara. – MalaysiaGazette