Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Kuala Lumpur hari ini.-pix ihsan UMNO Online.

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli UMNO kini tinggal kira-kira tiga juta selepas proses pemutihan dilakukan.

Timbalan presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia berbeza berbanding statistik dahulu iaitu 3.6 juta ahli.P

“Bila buat proses pemutihan dan ada yang meninggal dunia, melompat sana-sini akhirnya tiga juta.

“Ada tiga cara kenalpasti, kalau meninggal dunia automatiklah, kedua, orang terang-terang keluar dan satu cara dikenalpasti oleh cawangan parti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang tadi.

Menurut Mohamad, pihak parti akan menambahbaik sistem kemasukan online bagi menarik anak muda masuk UMNO.

“Memudahkan mereka (orang muda) tak perlu cari ketua cawangan lagi (macam dulu),” ujarnya.

Dalam pada itu, mesyuarat juga memutuskan UMNO tidak akan bertanding dalam PRK Sandakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, bagi Barisan Nasional (BN) mereka bermesyuarat malam ini bagi menentukan sama ada dua parti komponen di Sabah itu berminat atau tidak.

Terdahulu, MT UMNO juga membuat post mortem PRK Rantau yang dimenanginya dan berpendapat gerak kerja terancang antara punca dapat menyakinkan pengundi.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan