KUALA LUMPUR – Kebakaran di Loji Jana Kuasa Tanjung Bin (TBE) di Pontian, Johor yang berlaku pada 6 pagi, 22 April lepas, adalah satu insiden terpencil yang hanya melibatkan talian penghantar yang mengangkut arang batu ke loji kuasa tersebut dan tidak menjejaskan loji berkuasa 1,000MW itu, demikian menurut Malakoff Bhd.

“Pihak bomba berjaya mengawal api dalam tempoh satu jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan adalah terkawal, semua pihak berkuasa yang berkaitan telah dimaklumkan dan siasatan masih berterusan, katanya.

“Insiden tersebut dijangka tidak akan menjejaskan operasi TBE memandangkan sekarang ini, ia sedang menjalani gangguan berjadual mulai 30 Mac hingga 9 Jun depan. 2019. Kebakaran itu juga tidak menjejaskan loji jana kuasa 2,1000MW yang terletak bersebelahan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.