Kamarul Zaman Zainan

KUALA LUMPUR – Kazaza International Berhad (KIB) memperkenalkan satu sistem membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan sampingan.

Syarikat pembekal bahan pencuci industri berat yang sudah beroperasi selama tujuh tahun itu menawarkan sistem boleh digunakan orang ramai secara sambilan.

“Selain itu, sistem yang kami tawarkan adalah Smart Branch (SB) dan Kazaza Entrepreneur (KE) kepada usahawan yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan.

“Anggaran pendapatan mampu mencecah sehingga RM2,500 hingga RM35,000 selain turut menikmati kelebihan seperti pemberian Sijil Pemegang Lesen, sampel produk serta bimbingan latihan kerjaya,” kata Pengerusi Eksekutif KIB, Kamarul Zaman Zainan dalam satu kenyataan hari ini.

 

53921402_2297754973878432_357888032658948096_n
Sebahagian produk pencuci keluaran KIB.

KIB bukan syarikat pembekal bahan cuci biasa tetapi kini sudah berjaya mencatatkan kejayaan cemerlang.

Malah mereka menyasarkan purata nilai jualan sebanyak RM10 juta sebulan sebagai komitmen untuk memastikan syarikat tersenarai dalam papan Bursa Malaysia tidak lama lagi.

Sehubungan itu, sesiapa berminat boleh menghubungi pihaknya di bahagian pendaftaran rakan niaga di talian  018- 2275 5058.

Kamarul seterusnya optimis pihaknya yakin mencapai sasaran itu dalam tempoh dua tahun.

Ini kerana purata jualan bulanan KIB kini mencecah antara RM5,000 sehingga RM2 juta, katanya.

_DSC6732.JPG (1)

Sejak ditubuhkan pada tahun 2012, pihaknya yang telah membekal bahan pencuci bagi industri seperti sektor automotif, perkapalan, pembuatan dan pembinaan yakin mampu menghasilkan pengeluaran minimum 100 tan bahan pencuci sehari.

_DSC6789.JPG

KIB kini sudah berkembang menjadi salah satu syarikat pebagai industri di negara ini dan mempunyai kilang dua tingkat di Semenyih selain lapan cawangan lain seperti di Perlis, Perak, Terengganu, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Bahan pencuci keluaran kami juga mendapat sambutan yang tinggi dalam kalangan pengguna industri dan negara jiran kerana kualiti, harga dan strategi pemasaran produk yang berkesan sehingga berjaya mengeksport ke Singapura, Thailand dan Indonesia.

“Malah, daripada aspek teknologi, produk yang dihasilkan juga bersifat mesra alam dan mudah terurai,” kata Kamarul.

Pada Sabtu lalu, KIB telah melancarkan kilangnya di Semenyih.-MalaysiaGazette