Saksi, Manisah Othman ketika hadir perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Saksi ke-12 perbicaraan Datuk Seri Najib Razak, Manisah Othman mendedahkan dirinya mendapat bantuan kewangan daripada bekas perdana menteri itu bagi membantu membiayai anak-anaknya setelah kematian suaminya akibat kanser usus tahap 4 pada tahun 2013.

Menurutnya, allayarham suaminya telah berkhidmat dengan Najib ketika menjadi Menteri Pendidikan sebagai setiausaha sulit sebelum bekerja dengan Boustead Holdings.

Arwah suaminya kembali bekerja dengan Najib ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri.

Manish mendedahkan, Najib telah memberikan tiga cek berjumlah RM13,800, RM9,30.00, RM29,500 bermula tahun 2013 selepas kematian suaminya.

“Datuk Seri Najib ketika melawat arwah suami di hospital Prince Court, sebulan sebelum kematian beliau telah berjanji secara lisan untuk menjaga kebajikan penddikan kedua-dua anak saya.

“Anak bongsu saya juga mempunyai masalah komplikasi pinggang yang Datuk Seri sedia maklum.

“Alhamdulilah, Datuk Seri Najib berpegang kepada janji beliau dan telah memberikan bantuan pendidikan yang telah saya gunakan untuk membayar yuran pendidikan universiti,” ujarnya ketika di soal balas oleh peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, sejurus selepas saksi ke-11, Abdul Munir Osman yang merupakan pemegang amanah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak selesai memberi kenyataan, saksi seterusnya dipanggil untuk sambung perbicaraan.

Kali ini, saksi pendakwaan ke-4 di panggil semula, Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan BNM, Ahmad Farhan Sharifuddin untuk memberi kenyataan soal balas oleh barisan peguam belaa.

Sebelum ini  Ahmad Farhan telah diminta oleh barisan pembelaan untuk membawa beberapa dokumen termasuk dokumen dipercayai mengandungi rekod perbualan antara pegawai bank Ambank, Joanna Yu dengan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low. –MalaysiaGaztte