Khazanah
Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan pertumbuhan serta melindungi asetnya bagi pihak negara, dengan nilai aset bersih (NAV) meningkat kepada RM86 bilion pada 2021 daripada RM79 bilion tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah menutup pejabatnya di London bagi memberi fokus kepada pelaburannya di Asia.

Sayap pelaburan kerajaan mempunyai kepentingan dalam syarikat gergasi e-perdagangan China, Alibaba, telah menutup operasinya itu pada akhir bulan lalu, menurut laporan The Sunday Times.

Khazanah mempunyai 10 kakitangan di London.

Penutupan pejabat di London sudah diperkatakan sebelum ini kerana Khazanah mahu mengurangkan kosnya selepas nilai dalam penguasaan syarikat portfolionya merosot disebabkan kelembapan ekonomi global.

Selain London, Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah, Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan juga memaklumkan operai di Turki turut dipertimbangkan untuk ditutup. – MalaysiaGazette