Aksi pemain Chelsea selepas pada perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

LONDON – Chelsea gagal menyudahkan permainan dengan kemenangan ketika bertemu Burnley pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi hingga memberikan tamparan hebat kepada pasukan itu untuk memburu slot Liga Juara-Juara.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga wisel penamat ditiup pengadil Kevin Friend.

Lebih malang lagi bagi Chelsea apabila pemain harapannya Maurizio Sarri turut diarah keluar padang selepas pengendali dari Itali itu dilihat bertegang urat ketika pemain kedua-dua pasukan bertelagah di hujung permainan.

Selepas Tottenham Hotspur, Manchester United dan Arsenal semuanya tumpas hujung minggu ini, Chelsea berpeluang mencengkam kedudukannya di tangga keempat EPL.

Keputusan seri itu membolehkan Chelsea merampas semula kedudukan keempat, menyamai mata dengan pasukan tangga ketiga Tottenham, namun dipisahkan berdasarkan agregat gol dan satu mata di depan Arsenal dengan kedua-dua pencabarnya kekurangan satu aksi di tangan.

Burnley kekal di tangga ke-15 sambil sembilan mata memisahkan mereka dengan zon penyingkiran ketika berbaki tiga perlawanan liga untuk dimainkan.

Dalam malam yang penuh malang buat Chelsea, Callum Hudson-Odoi, 18, mengalami kecederaan serius pada bahagian otot di atas tumit dan Kante pada bahagian tulang rusuk.

Pertahanan Chelsea, David Luiz menuduh Burnley sebagai bermain ‘bola sepak negatif’ dengan cuba membuang masa dan suka berkampung di kubu sendiri.

Bagaimanapun, pandangan itu ditolak mentah-mentah oleh pengendali Burnley, Sean Dyche yang sebaliknya memuji barisan pemainnya kerana berjaya menahan asakan dan tekanan diberikan Chelsea.

Sementara itu, Hudson-Odoi yang mengalamai kecederaan serius selepas terpaksa dibantu ketika meninggalkan padang sebelum rehat dan tempatnya digantikan Pedro.

“Ini bukan kecederaan ringan. Saya rasa ia kecederaan serius. Ia kecederaan bahagian Achilles tendon (betis). Saya tidak boleh beritahu kamu secara lengkap,” kata pembantu jurulatih The Blues, Gianfranco Zola kepada wartawan.

Jurulatih dari Itali itu juga enggan mengesahkan sama ada Hudson-Odoi mengalami koyak bahagian tendon berkenaan.

Bulan lalu, Hudson-Odoi pertama kali diberi kepercayaan mewakili skuad England selepas mengadu kerap memanaskan bangku simpanan Chelsea.

Dalam pada itu, kenyataaan Bayern Munich yang mahu mendapatkan Hudson-Odoi mencetus spekulasi bahawa pemain muda itu bakal dijual pada jendela perpindahan tidak lama lagi.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris yang berakhir pagi tadi:-

Chelsea 2 – 2 Burnley.– MalaysiaGazette