Gambar hiasan

NAIROBI/SAN FRANCISCO (Reuters) – Facebook Inc sukar untuk memantau kandungan ucapan berunsur kebencian atau sebarang kandungan bermasalah disebabkan kebanjiran bahasa-bahasa baharu.

Syarikat tersebut telah menawarkan 2.3 bilion penggunanya dengan menu yang terdiri daripada 111 bahasa yang berbeza.

Jumlah tersebut seharusnya mencukupi untuk menyokong aplikasi berkenaan namun Reuters mendapati terdapat 31 lagi bahasa yang digunakan secara meluas di Facebook tetapi tidak mempunyai sokongan rasmi oleh syarikat tersebut.

Peraturan yang dikenali sebagai “standard komuniti” yang menghalang pengguna daripada memuat naik hantaran ofensif termasuk ucapan mengandungi kebencian serta meraikan keganasan hanya boleh diterjemah ke dalam 41 bahasa berbanding 111 yang disediakan oleh Facebook.

Penemuan oleh Reuters itu adalah setakat awal Mac ini.

Menurut Facebook, syarikat tersebut memiliki 15,000 pekerja yang berkemampuan untuk bertutur dalam 50 bahasa dan ia juga mengupah penterjemah profesional apabila perlu.

Terdapat 30 peralatan automatik untuk mengenalpasti ucapan kebencian.

Kelemahan dari segi bahasa menyebabkan Facebook sukar mengawal kandungan-kandungan bermasalah.

Negara-negara seperti Australia, Singapura dan United Kingdom pula sedang mengancam untuk melaksanakan peraturan-peraturan baharu yang lebih ketat termasuk mendenda atau memenjarakan eksekutif-eksekutif Facebook sekiranya syarikat tersebut gagal memadam hantaran-hantaran yang bersifat ofensif.-Agensi