Stesen Tai Wai

HONG KONG – Perkhidmatan keretapi laju terganggu petang semalam selepas seorang lelaki dirempuh oleh pengangkutan itu di stesen Tai Wai.

Lelaki yang berusia 40-an itu meninggal dunia.

Mangsa dikatakan telah terjatuh dari platform kira-kira 10.30 malam.

MTR Corporation berkata, rakaman kamera keselamatan dari stesen berkenaan menunjukkan lelaki itu telah melompat ke trek ketika keretapi tiba.

Ekoran kejadian itu, perkhidmatan antara Kowloon Tong dan Sha Tin telah digantung untuk kerja-kerja siasatan tetapi disambung semula tengah malam tadi. – MalaysiaGazette