Heng Swee Keat. foto Agensi

SINGAPURA – Menteri Kewangan Singapura bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, menurut Pejabat Perdana Menteri republik itu.

Kenyataan itu mengukuhkan jangkaan bahawa Heng Swee Heat bakal memimpin negara itu.

Pelantikan itu berkuatkuasa 1 Mei ini, sekali gus menyaksikan Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam melepaskan jawatan tersebut.

Heng telah dinamakan sebagai pengganti Lee Hsien Loong yang telah memberitahu akan melepaskan jawatannya beberapa tahun lagi. – MalaysiaGazette