Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) milik Mawar Medical Center (MMC) berkemungkinan akan memberhentikan operasinya di seluruh negara ekoran ketiadaan lesen dan masalah kekurangan dana yang serius dihadapinya, kata Pengerusi MMC Datin Chua Lay Ping.
Mawar Medical Center (MMC) b

SEREMBAN – Status 500 kakitangan Mawar Medical Centre (MMC) susulan penutupan pusat rawatan berkenaan pada 14 Feb lalu, adalah di bawah bidang kuasa pihak pengurusan MMC.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S. Veerapan berkata kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak akan campur tangan berhubung status pekerja MMC.

“Ini (status kehilangan kerja) adalah di bawah pengurusan MMC oleh itu pengurusan MMC perlu ambil tindakan bagaimana untuk menyelesaikannya.

“Sama ada mereka ingin membayar pampasan atau cara lain untuk selesaikan isu pekerja mereka, kerajaan negeri tiada bidang kuasa atau untuk campur tangan hal kakitangan pekerja MMC ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk L. Manickam (BN-Jeram Padang) pada Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Veerapan turut menjelaskan bahawa tanah yang menjadi tapak untuk MMC beroperasi merupakan tanah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa hak untuk membuat sebarang tindakan termasuk mengambil alih hospital berkenaan.

“Namun ini bergantung kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apakah arahan yang akan diberikan KKM untuk tindakan kerajaan negeri,” katanya menjawab soalan tambahan P. Gunasekaren (DAP-Seremban Jaya).

KKM pada 14 Feb lepas, menutup pengoperasian MMC di sini, setelah mendapati pusat perubatan itu gagal mematuhi keperluan perundangan bagi memastikan premis tersebut mempunyai lesen untuk beroperasi dan tindakan penguatkuasaan itu diambil dengan waran selepas penguatkuasaan dijalankan di pusat perubatan tersebut.

— BERNAMA