TERKINI : Beri Tanah kepada China? Ia Tidak Benar – Lim Guan Eng

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan kerajaan telah memberikan 4,500 ekar tanah secara percuma kepada China bagi membolehkan kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diturunkan.

“Saya tidak diberitahu mengenai pemberian tanah sebanyak 4,500 ekar secara percuma itu, saya rasa ianya tidak benar kerana sekiranya ada penambahan (terma dan syarat) ianya patut dibawa ke pengetahuan Kabinet.