Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiga buah negeri di semenanjung dikenalpasti dilanda suhu panas pada tahap berjaga-jaga dengan catatan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius, sejak semalam.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, tiga negeri terbabit ialah Kedah, Kelantan dan juga Pahang.

Menurut MetMalaysia, ia berikutan hampir kesemua daerah di negeri berkenaan mengalami keadaan suhu panas sejak tiga hari berturut-turut.

Di Kedah, antara lokasi yang dilanda panas termasuk Baling, Kuala Muda, Sik, Pendang, Kota Setar dan Kubang Pasu.

Manakala, Kelantan pula, kawasan terlibat ialah di Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang dan Machang.

Bagi daerah yang terlibat di Pahang pula ialah Jerantut, Raub, Bentong, Maran dan Rompin.

Antara kawasan lain yang turut mengalami cuaca panas ialah Jempol (Negeri Sembilan) dan Kuala Terenggangu (Terengganu).

Bagi kawasan yang dikategorikan sebagai berjaga-jaga, suhu harian maksimum adalah dibawah 35 celcius. – MalaysiaGazette