Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Agung Khas UMNO yang akan berlangsung November ini bakal menyaksikan pindaan perlembagaan parti yang paling komprehensif.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada mesyuarat itu UMNO bukan sahaja di rekayasa semula, tetapi juga menandakan satu kebangkitan baharu selepas tujuh dekad kewujudannya.

Katanya, mesyuarat itu akan diadakan pada hari keempat Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada 13 hingga 16 November ini, iaitu tambahan satu hari khusus untuk mesyuarat khas parti.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) berkata, pindaan itu adalah untuk menyesuaikan perlembagaan parti yang ada sekarang terlampau keras.

Ujar beliau, antara pindaan itu melibatkan peluang kepada orang ramai untuk menjadi ahli UMNO dan kemudahan mereka menyertai masuk sebagai ahli.

Selain itu, pindaan juga turut mengambil kira memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada UMNO Sabah mengikut situasi politik negeri itu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan