Malaysia Airlines menawarkan diskaun hebat sehingga 25 peratus tambang ke semua destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines menerusi Travelganza Deals mulai hari ini hingga 24 Feb 2019.

PUTRAJAYA – Malaysia menyambut baik hasrat dan cadangan Mesir untuk menghubungkan semula laluan penerbangan Kaherah – Kuala Lumpur.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, kenyataan yang dibuat Duta Mesir ke Malaysia Gamal Abdelrehim Metwally semalam adalah satu berita baik buat negara.

“Langkah terbaharu dan cadangan oleh Gamal adalah yang amat kita nanti-nantikan kerana ia akan melonjakkan sektor pelancongan negara.

“Dengan pembukaan semula laluan penerbangan itu nanti, negara bakal menyaksikan lebih ramai pelancong dari timur tengah selepas ini.

“Ini adalah berita baik buat kita dan ia dinyatakan Gamal ketika pertemuan kami semalam.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini

Gamal mengadakan kunjungan hormat ke atas Mohamaddin di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Dalam pertemuan tersebut antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan cara terbaik untuk melonjakkan industri pelancongan kedua-dua negara.

Menurut Gamal, Mesir bercadang untuk membuka semula laluan penerbangan Kaherah – Kuala Lumpur.

Katanya, hasrat pembukaan semula laluan tersebut untuk Malaysia Airline dan Egypt Air telah menjadi sebahagian dari pelan terbaharu pelancongan negara itu.

Jelasnya, Egypt Air akan melakukan penerbangan semula ke Kuala Lumpur dan Malaysia Airlines akan terbang semula ke Kaherah.

Tambah Gamal ia tidak hanya baik untuk pelancongan malah dari sudut perdagangan kedua-dua negara. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan