Paul Pogba.

LONDON – Paul Pogba terus mencetuskan spekulasi mada depannya apabila meluahkan kepada rakan pasukannya bahawa dia mahu meninggalkan Old Trafford pada musim panas akan datang.

Menurut laporan Metro.co.uk, Pogba mengadu kepada rakan rapatnya semasa di bilik persalinan bahawa dia mahu berhijrah ke Real Madrid.

Bintang sensasi Perancis itu dikatakan kecewa dengan kemampuan United untuk beraksi dalam kejohanan besar dan mahu bekerjasama dengan Zinedine Zidane di Santiago Bernabeu.

Lebih memburukkan keadaan, prestasi Pogba sejak akhir-akhir ini dikritik hebat kerana kurang menyerlah ketika United tewas kepada Barcelona dan Everton.

Pogba sebelum ini terdesak untuk meninggalkan United selepas bertengkar dengan Jose Mourinho sehingga menyaksikan dia dilucutkan jawatan naib kapten.

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai semula Manchester United pada musim panas 2016 selepas empat tahun memperkuat Juventus dengan rekod perpindahan bernilai 89.3 juta pound sterling.

Namun sejak tiba di Old Trafford, Pogba sering bergelut dengan prestasi tidak menentu. – MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan