Najib lawat Jamal
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menziarahi Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, Ampang.

AMPANG – Mahkamah Majistret Ampang Jaya hari ini dipercayai mengeluarkan waran tangkap ke atas Datuk Seri Jamal Md Yunos kira-kira jam 5 petang tadi.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memaklumkan, pihak polis akan menahannya pada jam 6.50 petang ini setelah beliau gagal menghadirkan diri ke mahkamah berkenaan, hari ini.

Jamal, 48, yang kini dimasukkan ke Hospital Ampang Jaya akibat demam campak sedia memberi kerjasama kepada pihak polis termasuk ditahan di hospital berkenaan.- MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan