Atlet tenpin boling negara, Muhammad Rafiq Ismail (kiri) bersama atlet gimrama negera, Amy Kwan Dict Weng (kanan) menjulang piala Olahragawan dan Olahragawati selepas mereka dinobatkan gelaran tersebut pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2018 di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Bintang sensasi boling lelaki dunia Muhammad Rafiq Ismail menepati ramalan apabila dia dinobatkan Olahragawan manakala ratu gimrama Amy Kwan muncul sebagai Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2018.

Kejayaan Rafiq itu dibantu prestasi luar biasa terutamanya ketika aksi Kejohanan Boling Lelaki Dunia di Hong Kong pada Disember lalu.

Rafiq, 22, berjaya mengetepikan empat lagi atlet hebat lain seperti Mohd Nafiizwan Mohd Adnan (Skuasy), Azizulhasni Awang (basikal), Mohd Syarul Azman Abdullah (bina badan) serta Muhammad Fauzi Kaman Shah (pelayaran).

Sementara itu, Amy yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Olimpian 2018 terus menjadi pilihan untuk merangkul anugerah Olahragawati Kebangsaan.

Kedua-dua pemenang ini membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Selain itu, dua atlet olahraga Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi serta Siti Noor Iasah Mohd Ariffin dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik 2018.

Mereka turut menerima hadiah wang tunai bernilai RM20,000 dan trofi kemenangan.

Senarai Penuh Penerima Anugerah:

Pasukan Lelaki Terbaik: Andrian Ang dan Tun Ameerul Luqman al Hakeem (Boling Lelaki)

Pasukan Wanita Terbaik: Pandelela Rinong Pams dan Cheong Jun Hoong (Akuatik)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan: Holleway Cheah (Boling)

Jurulatih Wanita Kebangsaan: Tiada pemenang

Anugerah Kepimpinan:  Dr S. Radha Krishnan dan Datuk Sieh Kok Chi

Anugerah Tokoh: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Anugerah Khas: Hanifah Yoong Abdullah, Datuk Rahim Razali

– MalaysiaGazette