Cristiano Ronaldo kini bersama Juventus. Foto marca.com
Cristiano Ronaldo kini bersama Juventus. Foto marca.com

LONDON – Penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo telah menyenaraikan enam pemain kepada pengurus Max Allegri untuk menyertai Juventus pada musim depan.

Menurut laporan Metro.uk, pemain yang menduduki senarai teratas adalah bintang Benfica, Joao Felix.

Turut dipilih bintang dunia itu, bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Isco and Raphael Varane tu.

Pemain Fiorentina, Federico Chiesa turut disebut-sebut, termasuk pemain berusia 21 tahun, Tanguy Ndombele dari Lyon.

Selain itu, pemain skuad kebangsaan Greece yang juga bintang kelab Roma, Kostas Manolas juga disenaraikan. MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan