Lelaki yang membawa beg sandang dipercayai suspek yang terlibat dalam serangan bom di sebuah gereja di Sri Lanka. foto Agensi

COLOMBO – Kumpulan IS mungkin ada kaitan dengan serangan pengeboman yang mengorbankan 321 orang dan mencederakan 500 orang yang lain di Sri Lanka.

Ini kerana, serangan itu tidak mungkin dilakukan secara bersendirian oleh Kumpulan National Thowheed Jamath (NTJ).

Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe percaya serangan itu tidak boleh dilakukan tanpa bantuan daripada kumpulan pengganas dari luar negara.

Kerajaan Sri Lanka mendakwa serangan

Kumpulan IS mengaku terlibat dalam serangan tersebut meskipun tidak membuktikannya.

Sementara itu, Presiden Sri Lanka berikrar untuk menstruktur semula keselamatan negara selepas serangan tersebut.

Dalam ucapannya yang disiarkan di stesen televisyen, Maithripala Sirisena berkata, beliau merancang untuk menukar ketua pertahanan dalam tempoh 24 jam.

Malah, beliau mengakui laporan ancaman tidak dikemukakan kepadanya dan berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai keselamatan.

Setakat ini, polis telah menahan 40 suspek yang dipercayai ada kaitan dengan serangan tersebut, yang mana kesemuanya adalah warga tempatan.

Namun, Wickremesinghe percaya sebahagian daripada penyerang sudah keluar negara sebelum serangan itu dilakukan. – MalaysiaGazette