Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung sederhana yang diterajui Hartalega dan selari dengan kebanyakan bursa serantau, kata peniaga.

Semasa ditutup, petunjuk asas FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.14 peratus atau 2.33 mata kepada 1,635.68 berbanding 1,638.01 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks dibuka 0.67 mata lebih rendah pada 1,637.34 dan bergerak antara 1,632.51 dan 1,640.13 sepanjang sesi dagangan.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 462 berbanding 408, manakala 441 kaunter tidak berubah, 593 tidak diniagakan dan 28 lagi digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.77 bilion bernilai RM2.53 bilion berbanding 4.38 bilion unit bernilai RM2.84 bilion pada Rabu.

Hartalega yang mencatatkan kenaikan di FBM KLCI semalam, susut 1.94 peratus atau 10 sen kepada RM5.05, dengan 5.93 juta saham bertukar tangan.

Seorang peniaga berkata sentimen pelabur bertukar suram berikutan wujud kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.

Bagaimanapun, kenaikan harga minyak telah mengimbangi beberapa sentimen negatif, memberikan sedikit sokongan kepada kaunter minyak dan gas seperti Petronas Chemicals, yang menokok dua sen kepada RM9.05, dan Petronas Dagangan meningkat empat sen kepada RM24.20.

Pendaras minyak mentah Brent meningkat 0.87 peratus kepada US$78.48 semasa berita ini ditulis.

Bagi saham wajaran tinggi yang lain, Maybank jatuh satu sen kepada RM9.13, Public Bank susut empat sen kepada RM22.60, Tenaga turun 18 sen kepada RM12.16 dan CIMB berkurangan enam sen kepada RM5.19.

Dalam kalangan kaunter paling aktif, Bumi Armada susut 2.5 sen kepada 24.5 sen, Ekovest menokok satu sen kepada 94.5 sen dan KNM naik dua sen kepada 19.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 10.62 mata kepada 11,654.49, FBMT 100 jatuh 12.97 mata kepada 11,462.55 dan FBM 70 susut 3.22 mata kepada 14,816.58.

Indeks FBM Emas Shariah turun 7.89 mata kepada 11,869.95 tetapi Indeks FBM Ace menokok 27.27 mata kepada 4,816.58.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 34.85 mata kepada 16,848.82, Indeks Perladangan susut 0.53 mata kepada 7.264.83 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.19 mata kepada 171.61.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menguncup kepada 2.93 juta saham bernilai RM2.37 bilion berbanding 3.50 juta saham bernilai RM2.68 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 395.74 juta unit bernilai RM76.81 juta daripada 459.17 juta unit bernilai RM81.02 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 437.05 juta saham bernilai RM82.68 juta berbanding 419.85 juta saham bernilai RM78.06 juta semalam.

Produk pengguna dan perkhidmatan menyumbang 273.48 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (282.14 juta), pembinaan (678.46 juta), teknologi (147.63 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (52.33 juta), hartanah (228.71 juta), perladangan (65.11 juta), REIT (5.91 juta), dana tertutup (7,600), tenaga (1.02 bilion), penjagaan kesihatan (62.45 juta), telekomunikasi dan media (75.29 juta) dan utiliti (21.89 juta). – MalaysiaGazette