Foto Instagram Que Haidar

KUALA LUMPUR – Pelakon Que Haidar membuat perbandingan antara pelakon Edika Yusof yang menolak untuk berkahwin lain biarpun mendapat keizinan isteri yang sudah lumpuh sejak 13 tahun.

Menerusi Instagramnya, pelakon Lagenda Budak Setan itu berkata, untuk menjadi seorang lelaki yang baik, seseorang itu tidak memerlukan gelaran seperti ‘ustaz’ atau pun ‘PU’.

“Edika Yusof seorang pelakon lagenda dan model, isteri beliau lumpuh 13 tahun dan diizinkan untuk berkahwin lagi namun
menolak untuk menjaga isterinya.

“Saya doakan abang dan keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki yabg halal dan bahagia hingga ke akhirnya.

“Untuk jadi lelaki yang baik, kau tak perlu nak jadi ustaz atau PU. Cukuplah ada akal. Baik maksudnya baik, baik tidak membawa
maksud ustaz,” tulisnya tanpa menyebut nama mana-mana PU.

Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai luahan bekas isteri PU Abu di Instagram yang memberitahu dia sudah diceraikan
menerusi aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu.

Menerusi tulisan Ain Ani, PU Abu memilih untuk menceraikannya demi mengejar cinta seorang janda beranak satu dikenali
sebagai Hana Azraa yang merupakan usahawan kosmetik berasal dari Kedah. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan