Wisma Putra
Tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke kementerian berkenaan disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan seorang rakyat Malaysia hilang di Gunung Annapurna sudah ditemui.

Dalam satu kenyataan satu muka surat, Wisma Putra berkata Chin Wui Kin, 49, hilang ketika menuruni Gunung Annapurna.

“Chin Wui Kin, 49 tahun, telah ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pagi ini, 25 April 2019.

Pasukan berkenaan sedang dalam usaha membawa turun mangsa dari kawasan pergunungan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” demikian menurut kenyataan itu.

Agensi media sebelum ini melaporkan, mangsa yang mendaki puncak Gunung Annapurna setinggi 8,100 meter itu bersama sekurang-kurangnya 31 yang lain, tetapi gagal kembali ke kem terdekat iaitu satu kilometer di bawah puncak.

Mangsa dipercayai terkandas selepas terpisah daripada kumpulan pendaki, ketika menuruni puncak gunung.

Kementerian Luar turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Nepal, terutamanya kepada pasukan mencari dan menyelamat dalam usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa. -MalaysiaGazette