[VIDEO] – SIKAP LEPAS TANGAN! Pengurus Pasukan PDRM, KLFA Rasa Kecewa

Pengurus pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM FA), Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar meluahkan rasa kecewanya terhadap hukuman pemotongan separuh daripada geran tahunan bagi 2019 serta sekatan untuk mengambil pemain baru di pintu perpindahan kedua bulan depan yang dikenakan ke atas kelab itu oleh Malaysia Football League (MFL).

Tidak mahu menuding jari kepada MFL, Kamarul menjelaskan ‘tragedi’ ini boleh dielakkan jika bukan kerana sikap ‘lepas tangan’ oleh pihak pengurusan lama kelab itu.

“Tidak guna kita salahkan MFL, keputusan mereka tepat di mana ia dibuat di atas kesilapan kita, kita buat kesilapan berulang. Agak mengecewakan tetapi saya perlu tegaskan ini bukan kesalahan di bawah pengurusan baru, sebaliknya pengurusan lama, itu yang perlu difahami.

Tujuh pasukan yang dikenakan tindakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 di atas kegagalan mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan pada 31 Disember 2018 bersedia untuk mengemukakan rayuan kepada Malaysian Football League (MFL) dalam tempoh terdekat.

Semalam, MFL mengumumkan pasukan berkenaan iaitu Kuala Lumpur, Felda United, Melaka yang beraksi dalam Liga Super dan Kelantan, PDRM, Sarawak, Pulau Pinang (Liga Premier).

Bagaimanapun lima daripada tujuh pasukan iaitu Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, PDRM dan Sarawak turut dikenakan denda sekatan perpindahan bagi jendela perpindahan kedua bermula pada 2 Mei depan kerana mengulangi kesalahan sama seperti tahun lalu.

Namun kesemua pasukan yang dikenakan hukuman itu berhak membuat rayuan dalam tempoh 7 hari iaitu sehingga 5 petang 29 April ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa, pihaknya akan mengemukakan surat rayuan kepada badan penganjur Liga Malaysia itu dalam tempoh terdekat.

“Kelewatan itu berlaku bukan sebab disengajakan oleh pihak KLFA, ini disebabkan kami mengalami perubahan pucuk kepimpinan. Ada banyak yang berlaku sejak kebelakangan ini tetapi KLFA akan berusaha keras untuk memastikan ia berjalan sebaik mungkin.

“Walaubagaimanapun ia bukan satu alasan di mana KLFA akan mengemukakan surat rayuan kepada MFL dan berharap MFL dapat mempertimbangkan rayuan kami nanti,” katanya.