Gambar Hiasan. foto AFFAN FAUZI, 25 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Bekalan air di kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual ekoran kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) telah mencapai 93 peratus pemulihan.

semua kawasan – kawasan yang tersenarai dan dijadualkan pulih pada jam 11 pagi ini telah pulih sepenuhnya seawal jam pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor berkata, bagaimanapun bantuan lori-lori tangki air digerakkan ke kawasan yang masih belum pulih dan segala tindakan perlu diambil bagi menstabilkan tekanan dan pemulihan  terutama di kawasan dan premis yang berada di lokasi tinggi serta yang berada di penghujung sistem agihan.

Air Selangor merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya pelanggan-pelanggan yang telah memberikan kerjasama dalam usaha meningkatkan perkhidmatan bekalan air.

Malah, syarikat memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pelanggan sepanjang tempoh gangguan berjadual ini dan mengambil perhatian atas segala maklumbalas yang diberikan dan pihak kami komited untuk memberikan mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.